
Jika benar beliau berani bertindak. Saya mencabar beliau untuk mendakwa KES KECURIAN BALAK YANG BERLAKU DI KAMPUNG BUKIT LADA, MARAN PAHANG. Jangan sekadar bercakap sahaja tetapi tidak dapat mempraktikkan dalam bentuk tindakan. Ini kerana, PAHANG dijajah oleh 2 kelompok besar pembolot hasil balak yang lebih dimengerti oleh pemimpin UMNO dan BARISAN NASIONAL sendiri. Pihak penyiasat yang terdiri daripada 3 orang pegawai BPR ( sekarang SPRM ) pernah berkata; "Bukti mengcukupi untuk membuat dakwaan tetapi arahan daripada pihak tertentu supaya perkara ini dihentikan serta-merta". Bercakap kepada 2 orang penduduk Kampung tersebut. Ambil tindakan atau sememangnya MENTERI BESAR PAHANG ini dikatakan memang takut kepada pemimpin tersebut kerana pernah suatu ketika dulu makan penumbuk dalam dewan ( selepas sidang dewan negeri ). Apakah benar MENTERI BESAR PAHANG seorang yang tidak mempunyai kuasa? Tanya UMNO dan BN PAHANG....
Atau jika beliau seorang yang berwibawa, kenapa tiada tindakan terhadap laporan TV3 suatu ketika dahulu mengenai penglibatan 2 ADUN ( YB - Yang Berkuasa ) dalam kes melombong?. Siapa YB tersebut?. Kenapa tiada sebarang siasatan dari pendedahan tersebut?. Seperkara lagi, apa dah jadi dengan cerita 71 KOMPAKMEN BALAK?. MENTERI BASAR PAHANG sebenarnya takut pada sesorang yang dah lama dalam POLITIK PAHANG. Mungkin lepas PRU 13 nanti muka-muka ni akan ditukar daripada terus menjawat jawatan MENTERI BESAR jika BN menang. Kenapa?. Najib ada jawapan.... jika dulu PAK L*H terpaksa turun pahang 2 hari sebelum penamaan calon agaknya kerana apa ye?. Siap naik helikopter buat perjumpaan tergempar. Apa cerita?. Korek la kalau berani ahli UMNO yang budiman...........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan