Terkini, sumber yang diperolehi oleh paluan gendang berkaitan dengan pemberian kad pengenalan bagi meraih undi percuma dalam PRU 13 yang kian rancak dilakukan oleh mereka yang terlibat daripada Agensi Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara dengan kerjasama terus dari Jabatan Perdana Menteri Malaysia adalah suatu yang lurbiasa dimana ia dimaklumkan jumlah pendaftaran bagi Warga asing di negeri Pahang sahaja supaya mendaftarkan sejumlah 50,000 orang.
Maka bertebaranlah juak-juak yang terlatih ini menjalankan kerja professional mereka tanpa sekelumit rasa takut dan tanpa rasa bertanggungjawab terhadap Negara asalkan kuasa dapat dikekalkan. Inilah prinsip demokrasi berpelembagaan yang dipegang. Dekorasi ini terus mewarnai ruang PRU 13 dengan penuh terancang?. Jika gagal, maka yang akan menjadi kambing hitam adalah pegawai-pegawai daripada Jabatan Pendaftaran Negara sahaja. Sepertimana yang telah berlaku di Sabah maka penyakit ini menular ke semenanjung pula. Kalau dahulu dikhabarkan ia diterajui oleh Tan Sri J ( di Sabah ) sekarang siapa pula gerangannya?
Paluan gendang percaya hal yang sama berlaku dinegeri-negeri lain seperti negeri Selangor, Kedah, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Trengganu dan Kawasan-kawasan panas yang dijangka akan dimenangi oleh PAKATAN RAKYAT. Rasionalnya adalah pengekalan kuasa selain pemindahan pengundi yang didalangi oleh pegawai Suruhanjaya Pendaftaran Pilihanraya ( SPR ). Segala anggota keselamatan seperti POLIS dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM – Saya Percaya Rosmah Mansor ) menjadi pekak dan menurut kehendak-kehendak golongan tertentu. Apakah begini sistem yang akan digunapakai turun temurun?.
Tangan-tangan kotor ini bukan sahaja mencemar demokrasi tetapi memberikan imbuhan kepada mereka yang terlibat. Bagi paluan gendang perkara seperti ini mampu diatasi jika setiap pemimpin dan anggota perkhidmatan awam setiasa di pantau pemilikan harta dengan membuat pengistiharan harta secara terbuka dimana minda rakyat dapat meneliti kekayaan mendadak sesuatu pihak baik di kalangan pemimpin atau anggota perkhidmatan awam dimana badan pencegahan rasuah bersedia bertindak keatas semua lapisan tanpa bias. Biasanya diatas AKTA RAHSIA RASMI mereka berlindung dari tindakan undang-undang dengan sokongan pemimpin yang rakus. Persoalannya, adakah kita hanya menjadi pemerhati yang akhirnya diperas dengan bermacam-macam cukai dan undang-undang berat sebelah.
Jika dilihat sekali imbas keatas Negara timur tengah, pergolakan yang berlaku juga ada hubungkait dengan sistem yang tidak adil terhadap rakyat dan suara keramat rakyat terus disekat. Adakah ini yang diminta oleh pemimpin Negara supaya mereka berundur dengan cara menghina diri sendiri. Gambaran telah jelas Cuma masa menjadi ukuran. Jika ruang menjadi penentu, maka kuasa rakyat akan digunakan jua.
Anak jati Pahang akan merempat di negeri sendiri..
BalasPadamSatu Komuniti Satu JPJ