Sabtu, 30 April 2011

ADUN Kaya-raya Rakyat Sengsara

           Berita mengenai ADUN Chenor menghulurkan WANG KEPADA PENDUDUK bukan lagi asing bagi penduduk chenor. Dikhabarkan, jika sesekali menjengukkan muka ke Pejabat ADUN maka beliau memerlukan belanja sekitar RM10,000 sekali datang. Persoalan yang timbul dibenak paluan gendang adalah dimanakah sumber ADUN tersebut mendapatkan wang bagi membiayai pemberian tersebut. Wang ini akan berlegar dari pejabat ADUN tersebut pada hari Khamis dimana beliau akan pulang sekurang-kurangnya 2 kali sebulan. Jika 2 kali sebulan bermakna ia memerlukan belanja sekitar RM20,000. Adakah wang ini datangnya dari kantung perbendaharaan negeri Pahang atau dari mana?. Mungkin ADUN Chenor ini mempunyai perniagaan besar ( al maklum Pahang Kaya Dengan Hasil Makhsul, Dari Balak Sampai Kepada Emas ).
            Paluan Gendang amat berharap agar SPRM dapat bertindak keatas ADUN berkenaan yang kini mampu memiliki rumah bernilai jutaan ringgit walaupun amalan memberi wang ini telah lama berlaku. Adakah ADUN berkenaan sememangnya telah kaya sebelum menjadi ADUN. Rata-rata penduduk kampung persekitaran mengetahui bagaimana ADUN berkenaan sebelum menjadi ADUN dan selepas menjadi ADUN. Jika hendak dihitung dengan gaji sebagai YB tentunya kehidupan mewah ADUN berkenaan tidak seperti sekarang ini.
            Paluan gendang merasa hairan dengan kemampuan ADUN berkenaan dari segi sumber kewangan jika yang datang dengan membawa bil air, bil api, bil telepon dan macam-macam lagi tetapi ia bukan masaalah bagi ADUN berkenaan. Rumah yang dibina juga paluan gendang merasa kagum atas kemampuan ADUN berkenaan bukan sahaja dari rekabentuk tetapi hingga kepada hiasan dalamannya. Dapatkah seluruh penduduk Chenor yang rata-ratanya golongan berpendapatan rendah menilai dengan mata kasar perihal ADUN berkenaan atau terus menutup mata demi mendapat kemudahan yang sedikit?.
            Paluan Gendang teringin hendak tahu keupayaan kewangan ADUN berkenaan hingga artikel ini ditulis walaupun gegendang telinga paluan gendang hampir pecah mendengar itu dan ini perihal ADUN berkenaan. Paluan Gendang juga percaya pegawai-pegawai POLIS dan SPRM cekap dalam menjalankan tugas tetapi terpaksa akur kepada sesetengah pihak. Siasatan rapi hendaklah dilakukan. Jangan biarkan nasib rakyat tak terbela dengan penyelewangan terus berleluasa. Kalau takut bertindak demi rakyat, berhentilah menjadi Badan Keselamatan yang menyusahkan hidup rakyat. Penduduk Chenor perlu bertindak. Jangan takut dengan tekanan……….

1 ulasan: