Selasa, 5 April 2011

Kerosakan Jalan Boleh Mengundang Padah.

                     05/04/2011/03:15pmJalan Persekutuan kini menghadapi suatu perkara yang amat serius sekali untuk ditangani oleh pihak kerajaan yang memerintah berbanding jalan bandaran yang terletak dibawah kuasa kerajaan negeri. Ini kerana kerajaan Persekutuan kini lebih berminat bagi menjalankan projek dikawasan yang berlakunya pilihanraya kecil (PRK) sahaja.

                                         Gambar Salah Satu Lubang Yang Agak Dalam.

                                         Gambar Lori Mengelak Lubang
                                             Papan tanda persimpangan jalan ulu kerut
gambar jalan kampung awah
Jika anda berjalan di negeri Perdana Menteri Malaysia sendiri kita akan dapat melihat banyak jalan yang mengalami kerosakan kecil hingga keadaan yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan tersebut. Mungkin menteri kerjaraya mempunyai alas an tersendiri kenapa projek-projek penambahbaikan jalan gagal dilaksanakan dengan berkesan. Apakah berlakunya ketirisan atau amalan rasuah dikalangan pegawai perkhidmatan awam menjadi punca hal ini gagal ditangani dengan baik?.
     
Paluan gendang mengambil jalan Maran – Temerloh. Jalan ini mengalami kerosakan yang paling teruk berbanding dengan jalan Kuantan - Pekan, Kuantan – Maran, Temerloh – Jerantut atau Temerloh – Bentong. Daripada tinjauan yang dibuat oleh paluan gendang jalan Maran – Temerloh ini mengalami kerosakan di :-

1.      Persekitaran jalan Bukit Kebok.
2.      Persekitaran Jalan Sungai Perkampungan Pertanian Ulu Jempul.
3.      Jalan Persekitaran Kampung Sungai Ling.
4.      Jalan Kampung Bukit Cempedak.
5.      Jalan Menuruni Bukit Genting.
6.      Jalan Berhadapan Empangan Kampung Jengka Batu 13.
7.      Persimpangan jalan Felcra Ulu Kerut.
8.      Jalan Kampung embun.
9.      Persimpangan Kampung Awah.
                 
Daripada jalan-jalan tersebut, jalan persimpangan Jalan Felcra Ulu Kerut paling teruk mengalami kerosakan dengan lubang-lubang kerosakan hamper sekaki dalamnya. Kemudian diikuti dengan jalan Persimpangan Kampung Awah dan Jalan kampung Bukit Cempedak. Ketiga-tiga jalan ini memerlukan projek baikpulih segera demi keselamatan pengguna jalan tersebut. Jalan-jalan ini telah menyebabkan kerosakan kepada kenderaan. Sebagai contoh kerosakan kepada kenderaan Mohamed bin Mat Tahir berumur 66 tahun telah mengalami kebocoran tayar hadapaan dan belakang sebelah kiri pada 30/03/2011 sekitar jam 15:45 sebagaimana repot polis : PEKAN AWAH/000247/11.
    
Oleh itu, paluan gendang menyeru pengguna jalan lebih peka dengan persekitaran dan lebih hati-hati ketika memandu kenderaan. Kepada yang mengalami kerosakan kenderaan disebabkan kerosakan jalan digalakkan menyaman kerajaan atas kegagalan menjalankan tanggungjawab sebuah kerajaan. Ini boleh dimulakan dengan membuat repot polis berkaitan kemalangan yang berlaku kemudian melantik peguam bagi proses seterusnya. Seruan ini bukan memandang kepada wang tetapi demi menarik perhatian pihak kerajaan supaya lebih prihatin dengan kebajikan rakyat. Bertindaklah sebelum kemalangan yang meragut nyawa berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan