28 april 2011 / 11.04am. Pada tanggal 22 april 2011 suatu perhimpunan PETANI, NELAYAN DAN PENTERNAK KEBANGSAAN telah diadakan di MAEPS serdang selangor. Pada pengamatan paluan gendang bahawa program ini sekarang bukan lagi bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan PETANI, NELAYAN DAN PENTERNAK mengenai teknologi semasa tetapi lebih kepada kaedah mempromosikan PM. Inilah idea yang digembar-gemburkan oleh menteri yang berkaitan dengan idea-idea yang baru. SOALAN; pelancaran kor tani tu untuk bodek boss ker?.
Sekonyong-konyong rakyat jelata tiba dari seluruh pelusuk tanahair, bersama roimbongan rakan-rakan, keluarga atau bersendirian. Paluan gendang sebagai peminat teknologi terasa hampa apabila sampai ke khemah pameran PERTANIAN (FERTIGRASI - SATU RUANGAN KECIL), PERIKANAN - SATU RUANGAN KECIL DAN PENTERNAKAN ( 2 RUANAGAN KECIL - TERNAKAN LEMBU, KAMBING DAN BURUNG WALIT. Kebanyakan ruangan pameran lebih kepada ruang jualan. Asal menjemput keseluruhan dari agensi yang terlibat seramai 10,000 orang namun kehadiran sebenar tidak sampai kepada sasaran. KENAPA?
Bagi paluan gendang, jika suatu himpunan yang hebat dengan mengerahkan seluruh jentera kerajaan ( dari MADA, KADA, LKIM, LLP DAN LAIN-LAIN - 13 AGENSI YANG TERLIBAT) ia adalah tidak berbaloi dengan dana yang mencecah jutaan ringgit hanya digunakan sebagai platform promosi noh dan najib?. Apa alasan yang memberikan kebenaran pembaziran seperti ini berlaku. Lebih baik diberikan peruntukan membangunkan ekonomi rakyat yang terlibat dalam ketiga-tiga sektor berkaitan dengan memberikan khidmat latihan yang teratur. Ia lebih berkesan. Bagi paluan gendang menteri berkaitan juga sedang mengampu BIG BOSS agar laluannya tak tergugat pada PRU akan datang. Tanyalah... jangan tak tanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan