Sabtu, 30 April 2011

ADUN Kaya-raya Rakyat Sengsara

           Berita mengenai ADUN Chenor menghulurkan WANG KEPADA PENDUDUK bukan lagi asing bagi penduduk chenor. Dikhabarkan, jika sesekali menjengukkan muka ke Pejabat ADUN maka beliau memerlukan belanja sekitar RM10,000 sekali datang. Persoalan yang timbul dibenak paluan gendang adalah dimanakah sumber ADUN tersebut mendapatkan wang bagi membiayai pemberian tersebut. Wang ini akan berlegar dari pejabat ADUN tersebut pada hari Khamis dimana beliau akan pulang sekurang-kurangnya 2 kali sebulan. Jika 2 kali sebulan bermakna ia memerlukan belanja sekitar RM20,000. Adakah wang ini datangnya dari kantung perbendaharaan negeri Pahang atau dari mana?. Mungkin ADUN Chenor ini mempunyai perniagaan besar ( al maklum Pahang Kaya Dengan Hasil Makhsul, Dari Balak Sampai Kepada Emas ).
            Paluan Gendang amat berharap agar SPRM dapat bertindak keatas ADUN berkenaan yang kini mampu memiliki rumah bernilai jutaan ringgit walaupun amalan memberi wang ini telah lama berlaku. Adakah ADUN berkenaan sememangnya telah kaya sebelum menjadi ADUN. Rata-rata penduduk kampung persekitaran mengetahui bagaimana ADUN berkenaan sebelum menjadi ADUN dan selepas menjadi ADUN. Jika hendak dihitung dengan gaji sebagai YB tentunya kehidupan mewah ADUN berkenaan tidak seperti sekarang ini.
            Paluan gendang merasa hairan dengan kemampuan ADUN berkenaan dari segi sumber kewangan jika yang datang dengan membawa bil air, bil api, bil telepon dan macam-macam lagi tetapi ia bukan masaalah bagi ADUN berkenaan. Rumah yang dibina juga paluan gendang merasa kagum atas kemampuan ADUN berkenaan bukan sahaja dari rekabentuk tetapi hingga kepada hiasan dalamannya. Dapatkah seluruh penduduk Chenor yang rata-ratanya golongan berpendapatan rendah menilai dengan mata kasar perihal ADUN berkenaan atau terus menutup mata demi mendapat kemudahan yang sedikit?.
            Paluan Gendang teringin hendak tahu keupayaan kewangan ADUN berkenaan hingga artikel ini ditulis walaupun gegendang telinga paluan gendang hampir pecah mendengar itu dan ini perihal ADUN berkenaan. Paluan Gendang juga percaya pegawai-pegawai POLIS dan SPRM cekap dalam menjalankan tugas tetapi terpaksa akur kepada sesetengah pihak. Siasatan rapi hendaklah dilakukan. Jangan biarkan nasib rakyat tak terbela dengan penyelewangan terus berleluasa. Kalau takut bertindak demi rakyat, berhentilah menjadi Badan Keselamatan yang menyusahkan hidup rakyat. Penduduk Chenor perlu bertindak. Jangan takut dengan tekanan……….

Maklumat terkini bagi pendaftaran WARGA ASING MENCECAH 50,000 orang

            Terkini, sumber yang diperolehi oleh paluan gendang berkaitan dengan pemberian kad pengenalan bagi meraih undi percuma dalam PRU 13 yang kian rancak dilakukan oleh mereka yang terlibat daripada Agensi Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara dengan kerjasama terus dari Jabatan Perdana Menteri Malaysia adalah suatu yang lurbiasa dimana ia dimaklumkan jumlah pendaftaran bagi Warga asing di negeri Pahang sahaja supaya mendaftarkan sejumlah 50,000 orang.
            Maka bertebaranlah juak-juak yang terlatih ini menjalankan kerja professional mereka tanpa sekelumit rasa takut dan tanpa rasa bertanggungjawab terhadap Negara asalkan kuasa dapat dikekalkan. Inilah prinsip demokrasi berpelembagaan yang dipegang. Dekorasi ini terus mewarnai ruang PRU 13 dengan penuh terancang?. Jika gagal, maka yang akan menjadi kambing hitam adalah pegawai-pegawai daripada Jabatan Pendaftaran Negara sahaja. Sepertimana yang telah berlaku di Sabah maka penyakit ini menular ke semenanjung pula. Kalau dahulu dikhabarkan ia diterajui oleh Tan Sri J ( di Sabah ) sekarang siapa pula gerangannya?



            Paluan gendang percaya hal yang sama berlaku dinegeri-negeri lain seperti negeri Selangor, Kedah, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Trengganu dan Kawasan-kawasan panas yang dijangka akan dimenangi oleh PAKATAN RAKYAT. Rasionalnya adalah pengekalan kuasa selain pemindahan pengundi yang didalangi oleh pegawai Suruhanjaya Pendaftaran Pilihanraya ( SPR ). Segala anggota keselamatan seperti POLIS dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM – Saya Percaya Rosmah Mansor ) menjadi pekak dan menurut kehendak-kehendak golongan tertentu. Apakah begini sistem yang akan digunapakai turun temurun?.
            Tangan-tangan kotor ini bukan sahaja mencemar demokrasi tetapi memberikan imbuhan kepada mereka yang terlibat. Bagi paluan gendang perkara seperti ini mampu diatasi jika setiap pemimpin dan anggota perkhidmatan awam setiasa di pantau pemilikan harta dengan membuat pengistiharan harta secara terbuka dimana minda rakyat dapat meneliti kekayaan mendadak sesuatu pihak baik di kalangan pemimpin atau anggota perkhidmatan awam dimana badan pencegahan rasuah bersedia bertindak keatas semua lapisan tanpa bias. Biasanya diatas AKTA RAHSIA RASMI mereka berlindung dari tindakan undang-undang dengan sokongan pemimpin yang rakus. Persoalannya, adakah kita hanya menjadi pemerhati yang akhirnya diperas dengan bermacam-macam cukai dan undang-undang berat sebelah.
            Jika dilihat sekali imbas keatas Negara timur tengah, pergolakan yang berlaku juga ada hubungkait dengan sistem yang tidak adil terhadap rakyat dan suara keramat rakyat terus disekat. Adakah ini yang diminta oleh pemimpin Negara supaya mereka berundur dengan cara menghina diri sendiri. Gambaran telah jelas Cuma masa menjadi ukuran. Jika ruang menjadi penentu, maka kuasa rakyat akan digunakan jua.

Rabu, 27 April 2011

PELANCARAN KOR TANI @ PROMOSI PM?

                                     28 april 2011 / 11.04am.  Pada tanggal 22 april 2011 suatu perhimpunan PETANI, NELAYAN DAN PENTERNAK KEBANGSAAN telah diadakan di MAEPS serdang selangor. Pada pengamatan paluan gendang bahawa program ini sekarang bukan lagi bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan PETANI, NELAYAN DAN PENTERNAK mengenai teknologi semasa tetapi lebih kepada kaedah mempromosikan PM. Inilah idea yang digembar-gemburkan oleh menteri yang berkaitan dengan idea-idea yang baru. SOALAN; pelancaran kor tani tu untuk bodek boss ker?.

                                    Sekonyong-konyong rakyat jelata tiba dari seluruh pelusuk tanahair, bersama roimbongan rakan-rakan, keluarga atau bersendirian. Paluan gendang sebagai peminat teknologi terasa hampa apabila sampai ke khemah pameran PERTANIAN (FERTIGRASI - SATU RUANGAN KECIL), PERIKANAN -  SATU RUANGAN KECIL DAN PENTERNAKAN ( 2 RUANAGAN KECIL  - TERNAKAN LEMBU, KAMBING  DAN BURUNG WALIT. Kebanyakan ruangan pameran lebih kepada ruang jualan. Asal menjemput keseluruhan dari agensi yang terlibat seramai 10,000 orang namun kehadiran sebenar tidak sampai kepada sasaran. KENAPA?

                                  Bagi paluan gendang, jika suatu himpunan yang hebat dengan mengerahkan seluruh jentera kerajaan ( dari MADA, KADA, LKIM, LLP DAN LAIN-LAIN - 13 AGENSI YANG TERLIBAT) ia adalah tidak berbaloi dengan dana yang mencecah jutaan ringgit hanya digunakan sebagai platform promosi noh dan najib?. Apa alasan yang memberikan kebenaran pembaziran seperti ini berlaku. Lebih baik diberikan peruntukan membangunkan ekonomi rakyat yang terlibat dalam ketiga-tiga sektor berkaitan dengan memberikan khidmat latihan yang teratur. Ia lebih berkesan. Bagi paluan gendang menteri berkaitan juga sedang mengampu BIG BOSS agar laluannya tak tergugat pada PRU akan datang. Tanyalah... jangan tak tanya.

Selasa, 19 April 2011

PENDAFTARAN PENGUNDI DAN MEMBERI I/C KINI BERMULA DI PAHANG.

                           09:30pm/19april2011. Kini projek pemberian kad pengenalan makin merebak dari pekan sampai pula ke TEMERLOH akhirnya. Projek ini bertujuan bagi memastikan PAHANG TIDAK JATUH KEPADA PAKATAN RAKYAT pada PRU 13 nanti. Projek ini, mengikut maklumat oleh paluangendang ia bagi memastikan PARLIMEN TEMERLOH terus dibawah BN dan DUN SEMANTAN kembali kepada BN pada PRU 13 nanti. Salah seorang pengendali yang terlibat merupakan seorang agen pekerja asing dimana suaminya bekerja sebagai PEGAWAI IMIGRESEN NEGERI PAHANG. Nampaknya, kian mudah nak dapat kad pengenalan akhir-akhir ini di pahang.
                          Maklumat ini ( berkaitan pendaftaran langsung ) merupakan projek terbesar pernah dijalankan secara menyeluruh di NEGERI PAHANG. Kalau dahulu, ia berlegar di persekitaran PARLIMEN PEKAN sahaja tetapi merebak pula ke kawasan lain dalam negeri pahang. Apakah jangkaan BN PAHANG ia akan tumbang tanpa dokongan pengundi seperti ini?. Tidakkah ianya seperti mangadaikan negara itu sendiri?. Pedulikan kita sebagai WATAN PAHANG akan perkara ini?. Bagaimana jika penguasaan POLITIK BN SUATU HARI NANTI DIKUASAI OLEH GOLONGAN INI PULA?. Mak saya kata; kalau tok guru kencing berdiri maka anak murid akan kencing berlari.
                        Pekakah PEMUDA BN AKAN PERKARA INI?. Apakah hanya tumpang semangkuk sementara tampuk kuasa masih ada di tangan. PEMUDA BN KINI DIKENALI BACUL dalam tindakan selepas jatuh kepada USAHAWAN KJ semakin tenat menanti hari. Pastikan anak cucu kita tidak pula menjadi pelarian di bumi sendiri sudah la. Ingat, kamu akan terima akibat daripada apa yang kamu perbuatkan.... Langit tak selalunya cerah.....

Pemimpin PAHANG dilihat cuba mencari PUBLISITI..

                 09:00pm/19april2011. Kenyataan terbaru MENTERI BESAR PAHANG yang disiarkan oleh sinar harian pahang pada hari ini tidak lebih daripada cubaan mencari publisiti murahan bagi menarik perhatian rakyat pahang semata-mata.


                   Jika benar beliau berani bertindak. Saya mencabar beliau untuk mendakwa KES KECURIAN BALAK YANG BERLAKU DI KAMPUNG BUKIT LADA, MARAN PAHANG. Jangan sekadar bercakap sahaja tetapi tidak dapat mempraktikkan dalam bentuk tindakan. Ini kerana, PAHANG dijajah oleh 2 kelompok besar pembolot hasil balak yang lebih dimengerti oleh pemimpin UMNO dan BARISAN NASIONAL sendiri. Pihak penyiasat yang terdiri daripada 3 orang pegawai BPR ( sekarang SPRM ) pernah berkata; "Bukti mengcukupi untuk membuat dakwaan tetapi arahan daripada pihak tertentu supaya perkara ini dihentikan serta-merta". Bercakap kepada 2 orang penduduk Kampung tersebut. Ambil tindakan atau sememangnya MENTERI BESAR PAHANG ini dikatakan memang takut kepada pemimpin tersebut kerana pernah suatu ketika dulu makan penumbuk dalam dewan ( selepas sidang dewan negeri ). Apakah benar MENTERI BESAR PAHANG seorang yang tidak mempunyai kuasa? Tanya UMNO dan BN PAHANG....
                   Atau jika beliau seorang yang berwibawa, kenapa tiada tindakan terhadap laporan TV3 suatu ketika dahulu mengenai penglibatan 2 ADUN ( YB - Yang Berkuasa ) dalam kes melombong?. Siapa YB tersebut?. Kenapa tiada sebarang siasatan dari pendedahan tersebut?. Seperkara lagi, apa dah jadi dengan cerita 71 KOMPAKMEN BALAK?. MENTERI BASAR PAHANG sebenarnya takut pada sesorang yang dah lama dalam POLITIK PAHANG. Mungkin lepas PRU 13 nanti muka-muka ni akan ditukar daripada terus menjawat jawatan MENTERI BESAR jika BN menang. Kenapa?. Najib ada jawapan.... jika dulu PAK L*H terpaksa turun pahang 2 hari sebelum penamaan calon agaknya kerana apa ye?. Siap naik helikopter buat perjumpaan tergempar. Apa cerita?. Korek la kalau berani ahli UMNO yang budiman...........

Sabtu, 16 April 2011

Pilihanraya Umum Negeri Sarawak

                                   06:53pm/16april2011. Keputusan terkini memperlihatkan pola pengundian rakyat sarawak kini mula beralih kepada PAKATAN RAKYAT dimana PR kini mendahului 10 kerusi manakala BN 7 kerusi. Walaubagaimanapun, kesemua kerusi yang ditandingi oleh PAS kesemuanya tewas ditangan BN.

                                    Kemungkinan ini amat mengusarkan pihak BN dan lebih-lebih lagi bekas ketua menteri sarawak yang akan merasa amat tertekan sekiranya negeri sarawak ini gagal dikuasai oleh BN pada pilihanraya kali ini. Ini kerana, segala salah laku semasa beliau mentadbir urus negeri akan mudah terdedah dan meletakkannya pada suasana yang amat sukar untuk mengelak dari bertanggungjawab.

                                   Peluang dan serangan bertalu-talu dari pihak media BN sedikit sebanyak mempengaruhi undian hari ini dengan pelbagai isu yang dicipta bagi mengalih perhatian rakyat terhadap salah urus negeri yang berleluasa.

Selasa, 5 April 2011

Kerosakan Jalan Boleh Mengundang Padah.

                     05/04/2011/03:15pmJalan Persekutuan kini menghadapi suatu perkara yang amat serius sekali untuk ditangani oleh pihak kerajaan yang memerintah berbanding jalan bandaran yang terletak dibawah kuasa kerajaan negeri. Ini kerana kerajaan Persekutuan kini lebih berminat bagi menjalankan projek dikawasan yang berlakunya pilihanraya kecil (PRK) sahaja.

                                         Gambar Salah Satu Lubang Yang Agak Dalam.

                                         Gambar Lori Mengelak Lubang
                                             Papan tanda persimpangan jalan ulu kerut
gambar jalan kampung awah
Jika anda berjalan di negeri Perdana Menteri Malaysia sendiri kita akan dapat melihat banyak jalan yang mengalami kerosakan kecil hingga keadaan yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan tersebut. Mungkin menteri kerjaraya mempunyai alas an tersendiri kenapa projek-projek penambahbaikan jalan gagal dilaksanakan dengan berkesan. Apakah berlakunya ketirisan atau amalan rasuah dikalangan pegawai perkhidmatan awam menjadi punca hal ini gagal ditangani dengan baik?.
     
Paluan gendang mengambil jalan Maran – Temerloh. Jalan ini mengalami kerosakan yang paling teruk berbanding dengan jalan Kuantan - Pekan, Kuantan – Maran, Temerloh – Jerantut atau Temerloh – Bentong. Daripada tinjauan yang dibuat oleh paluan gendang jalan Maran – Temerloh ini mengalami kerosakan di :-

1.      Persekitaran jalan Bukit Kebok.
2.      Persekitaran Jalan Sungai Perkampungan Pertanian Ulu Jempul.
3.      Jalan Persekitaran Kampung Sungai Ling.
4.      Jalan Kampung Bukit Cempedak.
5.      Jalan Menuruni Bukit Genting.
6.      Jalan Berhadapan Empangan Kampung Jengka Batu 13.
7.      Persimpangan jalan Felcra Ulu Kerut.
8.      Jalan Kampung embun.
9.      Persimpangan Kampung Awah.
                 
Daripada jalan-jalan tersebut, jalan persimpangan Jalan Felcra Ulu Kerut paling teruk mengalami kerosakan dengan lubang-lubang kerosakan hamper sekaki dalamnya. Kemudian diikuti dengan jalan Persimpangan Kampung Awah dan Jalan kampung Bukit Cempedak. Ketiga-tiga jalan ini memerlukan projek baikpulih segera demi keselamatan pengguna jalan tersebut. Jalan-jalan ini telah menyebabkan kerosakan kepada kenderaan. Sebagai contoh kerosakan kepada kenderaan Mohamed bin Mat Tahir berumur 66 tahun telah mengalami kebocoran tayar hadapaan dan belakang sebelah kiri pada 30/03/2011 sekitar jam 15:45 sebagaimana repot polis : PEKAN AWAH/000247/11.
    
Oleh itu, paluan gendang menyeru pengguna jalan lebih peka dengan persekitaran dan lebih hati-hati ketika memandu kenderaan. Kepada yang mengalami kerosakan kenderaan disebabkan kerosakan jalan digalakkan menyaman kerajaan atas kegagalan menjalankan tanggungjawab sebuah kerajaan. Ini boleh dimulakan dengan membuat repot polis berkaitan kemalangan yang berlaku kemudian melantik peguam bagi proses seterusnya. Seruan ini bukan memandang kepada wang tetapi demi menarik perhatian pihak kerajaan supaya lebih prihatin dengan kebajikan rakyat. Bertindaklah sebelum kemalangan yang meragut nyawa berlaku.