Ahad, 3 Julai 2011

Projek Menghancur Dana Rakyat.....

                  Pembinaan jalan kini pada pendapat paluan gendang amat mendukacitakan, lebih-lebih lagi spesifikasi dalam pembinaannya cukup meragukan. Adakah kini pembinaan jalan atau sebarang pembinaan tidak lagi mengutamakan aspek keselamatan kepada pengguna. Contoh termudah sekali untuk dijumpai adalah pembinaan jalan dimana air mudh bertakung diatasnya. Setahu paluan gendang pembinaan jalan, baik jalan bandaran atau jalanraya. Musuh utama yang mengakibatkan kerosakan adalah takungan air dan juga pergerakan tanah.Jika contoh tersebut diambil apakah jalan yang ada sekarang ini sekitar negeri pahang mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Persoalan yang timbul adalah kenapa jalan yang baru dibaikpulih seperti jalan berhampiran jambatan temerloh atau hospital temerloh mengalami keroaskan dalam jangkamasa yang pendek?. Mungkin alasan yang boleh digunapakai oleh JURUTERA DAERAH TEMERLOH adalah pengguna seperti lori menggunakan jalan dengan berat yang berlabihan.Tetapi bagi paluan gendang ianya berpunca dari pembinaan yang tidak mempunyai nilai dimana air boleh bertakung diatasnya.
                Begitu juga JURUTERA DAERAH MARAN boleh mengatakan demikian atas jalan yang baru diperbaiki. Paluan gendang telah beberapa kali terserempak dengan mereka yang membaikpulih jalan dengan hanya sekadar menggunakan "SKOP" dan menginjak dengan kaki sahaja. Selebihnya digilis dengan tayar oleh kenderaan yang lalu lalang di jalan tersebut. Pihak yang terlibat ini mengambil kontrak daripada SYARIKAT ROADCARE. Bagi pengguna jalan diantara Maran ke Temerloh, suasana begitu adalah satu fenomena biasa. Dimanakan pemantauan daripada JKR (Jangan Kerja Rajin). Jika ini adalah amalan, maka duit rakyat akan habis digunakan begitu sahaja dan merupakan suatu pembaziran semata-mata.
                Seperkara lagi yang menjadi persoalan diminda paluan gendang adalah berkenaan dengan kejadian siling runtuh di PUSAT LAATIHAN JABATAN PERTANIAN di Kampung Bukit Lada macamana ianya boleh terjadi. Apakah tindakan lanjut daripada pihak berkenaan?. Atau sekadar mendiamkan diri sahaja. Adakah kerana KONTRAKTOR PEMBINAANNYA ADA HUBUNG KAIT DENGAN ORANG KUAT UMNO MAKA IA DIBIARKAN SAHAJA. Ia juga adalah punca kenapa MINI MAHA akhirnya diadakan di SEK MEN TEKNIK PERTANIAN CHENOR baru-baru ini. Maka fikir-fikirkanlah apa puncanya?.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan