Muktakhir ini menyaksikan BN semakin tertekan hingga melatah sambil menuding jari kepada pihak lain (PR) bagi memperlihatkan bahawa jagoan BN masih mempunyai taring dalam merencana setiap perkara mengikut kehendaknya. Bersih adalah simfoni kehendak rakyat marhaen yang sedar tentang kepincangan-kepincangan yang berlaku sekitar pilihanraya yang memihak kepada kerajaan secara terang-terangan. Ini berlaku dalam pelbagai sudut seperti UNDI POS, PEMINDAHAN PENGUNDI, MEMASUKKAN PENGUNDI HANTU(yang dibekalkan IC kepada rakyat asing) dan MENYEKAT SEBARAN AM kepada umum.
Bagaimana BN memandang kepada BERSIH adalah isyarat jelas bahawa banyak penyelewengan cuba disembunyikan oleh pihak kerajaan daripada umum. Maka berbunyilah sekonyong-konyong kuncu-kuncu yang berkepentingan memberikan hujahan menolak fakta penyelewengan dengan bersandarkan 4 buah negeri yang masih dibawah PR. Jika pilihanraya dilakukan secara telus maka paluan gendang percaya bukan hanya 4 buah negeri sahaja yang berada dibawah PR. Hak rakyat terus dinafikan oleh BN dengan menggunakan semua kemudahan kerajaan menyerang PR dari pelbagai sudut. Maka terhamburlah fitnah yang maha jahat serata alam jagat raya ini. Bagi yang suka mengikut perkembangan semasa pasti tersenyum sinis melihat semua perkara bermain di putaran media arus perdana. Apa salah BERSIH kepada kerajaan? Tubuhlah suruhanjaya diraja bagi menyiasatan yang benar-benar telus menyiasat 8 perkara yang dibangkitkan oleh BERSIH dan bukan hanya sekadar menjawab melalui media yang dikawal rapi oleh kerajaan.
BERSIH masih lagi suci dalam mempertahankan hak rakyat yang tertindas oleh kerajaan BN yang sememangnya telah luka dan bernanah dari pelbagai sudut. Maka turut berbunyi MARINA MAHATHIR dalam sister in islam membandingkan pentadbiran ayahandanya dengan PM sekarang dan menyatakan betapa risaunya PM bimbang kehilangan kuasanya. Jika kes Al***tuya paluan gendang masih tertanya-tanya MOTIF dan SENJATA YANG DIGUNAKAN hingga tidak dibicarakan sewajarnya 2 elemen penting ini sudah memberikan suatu kerisauan kepada paluan gendang. Jika MOTIF diketahui umum menyusahkan individu tertentu barangkali hingga ia diabaikan dan dibacakan sekali lalu sahaja. SENJATA YANG DIGUNAKAN pula jika dibicarakan secara terperinci pastinya melibatkan banyak pihak pula termasuk siapa yang mengeluarkan dan memberi kebenaran penggunaan C4. Namun jika sekadar pistol sahaja yang digunakan tidaklah menjadi kehairan bagi paluan gendang.
Berbalik kepada BERSIH, mampukan kerajaan menafikan sepenuhnya hak-hak rakyat yang termaktub dalam perlembagaan. Sepatutnya apa yang tercatat dalam perlembagaan merupakan suatu jaminan bagi rakyat melakukan perkara-perkara yang dikehendaki bukan sekadar menyatakan sesuatu yang memang tak pernah dilakukan oleh PR lebih-lebih lagi oleh PAS. Bagi paluan gendang, rakyat ibarat spring ( makin ditekan makin kuat memberikan lonjakkan ). Sejauh manakah rakyat didahulukan?..............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan