Jumaat, 15 Julai 2011

PERKUBURAN KERABAT DI RAJA PIHAK JADI MILIK INDIVIDU

              Satu perkuburan Kerabat Di Raja Pahang kini menjadi tanah individu bertempat di Kg Jengka Batu 13 Jalan Maran, Maran Pahang. Adalah menjadi persoalan, bagaimana ia boleh menjadi milik individu sedangkan sekitar awal 90an ia pernah diselenggara oleh Jabatan Muzium Negara ketika itu. Maklumat yang diperolehi oleh paluan gendang memperlihatkan bagaimana SO dari pejabat tanah tidak menjalankan kerja yang sepatutnya hingga kelulusan dikeluarkan kepada individu tersebut. Walaupun, perkuburan tersebut berpagar (dibina oleh muzium negara) ia tetap diluluskan oleh pejabat tanah maran. Bagaimanakah kelulusan tersebut diperolehi?.
             Dengan kelulusan yang dikeluarkan oleh pejabat tanah maran tersebut maka segala urusan pengambilalihan bagi menyelenggara kembali tanah perkuburan tersebut perlu menggunakan duit zakat rakyat melalui MAIP bagi membayar pampasan kepada tuan punya tanah. Ianya amat mendukacitakan paluan gendang kerana paluan gendang dimaklumkan bahawa pejabat agama chenor sedang dalam proses meng'gazet'kan tanah perkuburan tersebut. Adakah ini sebuah pentadbiran yang cekap?. Seperti ada yang tidak telus berlaku dalam urusan permohonan tanah tersebut. Ini kerana, jika SO menjalankan kerjanya dengan baik iaitu dengan melihat sendiri tanah yang akan diluluskan maka perkuburan tersebut jelas kelihatan berada ditengah-tengah tanah tersebut.
           Apa yang menjadi kebimbangan paluan gendang adalah dibimbangi ia didalangi oleh orang tertentu bagi mendapatkan kelulusan tanah tersebut. Kenapa?. Kerana tanah tersebut diluluskan kepada mertua kepada seorang ahli parlimen malaysia. Ini yang menjadi kebimbangan paluan gendang berkaitan kelulusan tanah tersebut. Adakah berlaku penyelewengan dalam proses pengambilan tanah tersebut?. Hanya pihak berkenaan yang mengetahui.... itupun jika kertas siasatan dibuka. Bagi paluan gendang memang ia mehnah pentadbiran juak-juak yang tidak mengendahkan undang-undang. Harap ada tindakan susulan...... paluan gendang sedang mengumpul bukti melalui teman paluan gendang untuk dibongkarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan