Isnin, 11 Julai 2011

Media UMNO Perosak Minda Rakyat.

              Paluan gendang turut bersedih apabila sahabat dalam kalangan unit amal di gambarkan sebagai seorang pengganas dengan hanya mengubahsuai gambar tersebut. Buang kelongsong berasap jauh dari pimpinan PR juga salah. Yang betul adalah pembohongan PM kepada rakyat saban hari. Pada hari perhimpunan tersebut bersih berjaya mengumpulkan penyokong lebih daripada 100 ribu orang dijalanan walaupun sekatan jalanraya begitu banyak dilakukan. Ramai juga yang tidak dapat hadir tersangkut di perjalanan dalam sekatan jalanraya. Bawa pisau ke bawa batu sebenarnya?. Kalau bawa batu bagi paluan gendang memanglah kerana yang dikatakan membawa pisau tersebut adalah lelaki. Pemuda BN sembunyi batu takut projek terlepas walaupun tau mereka tak betul dan ada juga yang memang jenis kaki angguk kepala sahaja. Itulah budaya peninggalan UMNO dulu, kini dan selamanya. Berbohong suatu kewajipan. Mana MUFTI?. Tak bagi fatwa ke? Takde teguran ke?. Simpan batu elok-elok takut pecah bawah kelangkang ye. Paluan gendang siarkan semula gambar yang BN suka sangat tu buat tatapan semua ye.
Cantik gak ye.

             Astro Awani juga menjadi pak turut atas dasar takut kehilangan permit penyiaran dengan melaporkan kehadiran sebanyak 6000 orang sahaja ( kejap jadi 10000 orang). Semoga mata yang memandang dan menyiarkan khabar berita yang tak benar menjadi kabur dan menginsaafi diri atas pembohongan yang dilakukan. Menipu sorang berdosa tapi kalau menipu ramai-ramai macamana pak MUFTI?. Lebih-lebih lagi Datuk Seri Harussani.... beliaukan MUFTI politik UMNO?. Ada berani ka bersuara?. Lu jawab la kat akhirat nanti..... Lu lagi faham?. Sembunyi ilmu nanti lagi lu jawab.... Lu ingat boleh wat macam kat dunia ke?.

             Paluan gendang juga anak jati pahang merasa amat malu mempunyai PM (Penipu Manusia) sehebat najib. Nak raih undi FELDA berapa banyak di habiskan atas tiket lawatan beliau ke FELDA-FELDA sedangkan FELDA cukup stabil hingga membuat pinjaman sebanyak rm6 bilion. Ahmad Maslan apa cerita ni?. Duit FELDA bapak lu punya ker?. Peneroka jadi pencacai sepanjang masa. Itupun, ramai yang tak sedar. Orang melayu mudah terhutang budi, tak kisah tergadai 'body'. Betul ke?. Mungkin bagi setengah orang ada benarnya.... macam melayu mudah lupa (dimana akhirnya orang membantai tok guru nik abdul aziz awal 90an membuat kupasan kepentingan penggunaan dinar di PWTC tahun 2003). Itulah budaya UMNO yang bukan budaya kita.

             Arakian, BERSIH wat demokrasi maka berkatalah juak-juak ia bukan budaya kita. Beruk la... apa la... itu la... ini la.... Akhirnya KJ benar-benar membuktikan buat entah berapa kalinya dirinya memang beruk (terkinja-kinja dijalanan). Baru lagi cakap bukan budaya kita berdemonstrasi tapi wat gak. Ingat-ingat la, jangan asyik lupa aja. Kuat makan otak udang kot. Berapa ramai yang datang atas tiket majoriti rakyat lak?. KJ lebih tau kan?. PERKASA sebenarnya terpaksa batal pasal takut air muka KJ jatuh berdetum bila sambutan PERKASA lebih daripada PATROIT. Maka terpaksalah PATROIT memperkosa PERKASA demi imej yang mewakili kerajaan. Betul tak si katak?.

              Akhirnya, paluan gendang nak tau kesudahan cerita BERSIH dari PM?. Adakah beliau telah bersihkan?. Kalau dah bersih, siapa sebenarnya yang membawa kotoran?. Paluan gendang terus palu gendang.................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan