Pukulan gendang rakyat ini memberi ruang kepada seluruh rakyat menyatakan pandangan dalam memperbaiki sistem pentadbiran negara. Kekuatan pukulan gendang yang bergema mampu merubah sistem pentadbiran atau tidak bukanlah sesuatu yang penting tetapi kesedaran rakyat marhain adalah diutamakan.
Pukulan gendang rakyat seharusnya menjadi penanda aras bahawa signal rakyat yang inginkan perubahan adalah kuat dalam satu komuniti yang tidak terbatas. Bersedia menghadapi cabaran semasa pada setiap ketika. Tidak tunduk pada kehendak sesuatu pihak yang berkepentingan malahan menggerakkan suara rakyat menjadi lebih matang.
Kekuatan paluan gendang boleh menjana tamadun rakyat kepada sistem yang lebih adil dan saksama. Rakyat yang mempunyai kesedaran masa hadapan tidak akan sesekali akur pada sistem yang tidak adil. Laungan pentadbir didengar dan dihayati sewajarnya. Dimindanya adalah kematangan, ditangannya adalah kehendak yang menuntut ditunaikan. Kewajaran mengemukakan hujahan berlandaskan sistem keadilan menjadi perkara utama.
Kekuatan paluan gendang suara rakyat menjadi ingatan yang sukar dilupakan, malahan menjadi mimpi ngeri sang penguasa yang lupa daratan. Kini adalah masa untuk menjana perubahan dan bukan lagi masa untuk tunduk akur tanpa sebab munasabah. Tidak sesekali leka dengan umpanan yang akhirnya menjerumus kelembah kebinasaan. Generasi hari ini perlu disedarkan. Dibahunya terpikul sebuah harapan. Meskipun masih kabur namun tetap ia pertahankan. Bermula hari ini pada 10 ogos 2010 pukul 11:34 malam maka paluan gendang pertama dipalukan. Bangkitlah wahai rakyat.... bangkitlah dari sebuah kealpaan yang akhirnya membinasakan generasi akan datang. Lahirkanlah generasi gegendang paluan ditangan. Bersedia mengayun tanpa takut dan tanpa segan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan