Kerajaan melaungkan 1Malaysia dengan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Apakah yang ada disebalik 1Malaysia yang dilaungkan. Paluan gendang kerajaan berkumandang saban hari disemua sumber media yang dikawal penuh oleh pihak kerajaan seolah-olah laungan 1Malaysia itu tiada kecacatan. Namun sebagai rakyat malaysia yang hidupnya serba sederhana paluan gendang yang dicanangkan pihak kerajaan itu ibarat mencurah air kedaun keladi kerana perkhidmatan yang berteraskan rakyat biasa semakin diabaikan oleh pihak yang mentadbir negara saban hari.
1Malaysia itu terlalu sukar hendak dilaksanakan dimana kehendak juak-juak yang mendampingi pimpinan menuntut imbuhan yang akhirnya paluan gendang kerajaan itu memakan diri sendiri. Disini, saya suka sebutkan bahawa paluan gendang kerajaan dengan 1Malaysia itu hanyalah topeng bagi memperlihatkan keperihatinan pihak kerajaan yang ada. Contoh yang mudah bagi saya adalah sesiapa yang biasa bergerak sekitar semenanjung Malaysia pastinya akan tersenyum melihat bahawa jalan-jalan persekutuan pada ketika artikel ini dicatat menunjukkan seolah-olah hasil pembayar cukai jalan lesap begitu sahaja.
Kenapa saya katakan begitu?. Ini kerana jalan persekutuan sekarang ini mengalami satu revolusi keruntuhan dengan tahap kerosakkan yang teruk dengan tampalan-tampalan yang tidak berkualiti dimana akhirnya rakyat yang menggunakan jalan persekutuan ini terpaksa menambah kos baikpulih pada kenderaan yang digunakan. Kenapa?. Jalan yang bergelombang dan berlubang boleh menyebabkan kadar kemalangan meningkat dan kerosakkan fungsi-fungsi suspensi kenderaan menjadi lebih cepat daripada biasa. Dimanakah rakyat itu didahulukan?. Adakah dengan memberi seringgit dan kerajaan mengaut berjuta-juta ringgit hasil dari percukaian jalan serta peralatan kenderaan (5%) membawa maksud yang di palukan oleh pihak kerajaan?
Jalan dari Pekan-Kuantan juga tidak menggambarkan apa yang ada dalam semangat 1Malaysia itu. Apakah kiraan gula-gula pihak kerajaan seperti ini menunjukkan kerajaan prihatin?. Apabila ada isu rakyat dibangkitkan maka kerajaan akan cuba sedaya upaya membangkitkan isu lain disemua media yang dipengaruhinya. Sikap begini menjadikan kerajaan semakin jauh daripada rakyat. Jalan dari Kuantan-Maran juga menunjukkan kecemerlangan kerajaan menjaga kebajikan rakyat. Kadang-kala ada teman bertanya berkenaan jalan dengan mengaitkan bahawa kerajaan tidak mempunyai dana yang mengcukupi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan