Sabtu, 5 Mac 2011

PRK N28 KERDAU yang mengarut....

12:12am/06.03.2011: Gendang perang telah bergema di bumi Kerdau, bumi Mat Kilau apabila ADUN Kerdau dari UMNO menemui ajalnya. Dari awal permulaan semasa hari penamaan calon hingga pada masa artikel ini ditulis padang masih lagi tidak menyebelahi "Pakatan Rakyat". Bermacam tekanan diberikan kepada pelbagai agensi kerajaan supaya menuruti segala kehendak 'umno' dan Barisan Nasional bagi menjayakan agenda menawan kembali DUN KERDAU daripada jatuh kepada pakatan rakyat. Maka bermulalah berbagai adegan yang boleh disaksikan secara langsung dipersekitaran PRK. Daripada mencaci 'Tok Guru hinggalah sampai sel*** d*l*m' pun bermula dibukakan dalam bentuk berbagai fitnah dilemparkan bagi mengelirukan para pengundi PRK N28 KERDAU.
                         Janji-janji manis pemimpin juga tak kurang hebatnya hingga ada yang menjanjikan SES kepada peneroka yang masih lagi menjadi persoalan adakah ianya dapat ditunaikan menjelang 9 hb March 2011 ini atau sebaliknya????. Ruang demokrasi kian disempitkan dengan bermacam cara yang tidak menepati undang-undang. Adakah undang-undang hanya berada disebelah pihak sahaja.... Ada beberapa tempat mula kedengaran ala samseng mula digunakan. Sekarang ini pemilihan pemimpin bukan lagi berkisar tentang perkhidmatan yang boleh diberikan kepada rakyat tetapi untuk memastikan pihak-pihak tertentu terus menerus memegang tampuk kuasa.

                       Kerajaan yang buruk rekodnya cuba mengelirukan rakyat dengan gula-gula zaman 80an. Mampukah peneroka dan para pengundi PRK N28 KERDAU membuat keputusan matang setelah lebih 50 tahun merdeka? Penggunaan pada ltahap maksima agensi kerajaan begitu berleluasa dalam setiap PRK. PRK N28 cukup unit dengan 'water canon' siap siaga memberi perkhdmatan kepada pengundi. SPR dan SPRM yang ada pula terdiri daripada golongan buta dan pekak. RO tidak mengerti erti sebuah undang-undang dengan membenarkan kempen berat sebelah dan memihak. Jika ianya dipihak BN akan mendiamkan diri. Telur yang di eram boleh pecah kalau salah hitungan. Jangan paksa rakyat bangkit menentang dijalanan....

                      Kenapa para pengundi tidak diberikan hak sebagaimana yang telah di benarkan oleh perlembagaan malaysia? Budaya menakutkan pengundi dengan bermacam ugutan berleluasa seolah-olah tiada pemantauan yang dilakukan. Sampai bila rakyat mampu bertahan......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan