Alangkah bagusnya projek jalan chenor yang kini masih lagi dalam pembaikan bahu jalan. Itupun, jika ia menepati ciri dan kehendak ( lebih-lebih lagi keselamatan). Projek penambakan bahu jalan ini dilihat sebagai satu PROJEK PILIHANRAYA kerana binaannya amat tidak menepati piawaian JKR pada sesetengah tempat. Bagaimanakah Ia sepatutnya dijalankan?. Bagi pengetahuan umum, sepatutnya ia menggunakan batu kawi 80% dan 20% tanah (bahasa Kampung). Sama-samalah kita nilai kerja mengorek kawasan yang telah mempunyai batu serta rumput dan diganti dengan tanah hampir 50% kandungan berbanding batu. Keadaan ini menjadikan jalan tersebut mudah mengalami hakisan (air) dan kini beralur (contoh- jalan menaiki bukit simpang chenor dan menurun menghala ke ISTANA YB CHENOR) di beberapa tempat. Hasil tinjauan PG mendapati bahawa ia juga berlaku di Kg Embun Batu 12 dan Kg Bukit Lada selain Jalan Chenor.
Projek ini dilihat sebagai membazir wang rakyat selain hanya memberi projek kepada kroni-kroni UMNO yang langsung tidak menguntungkan rakyat. Beginikah hasil undian rakyat kepada pemimpin BN. Apakah kita akan terus memberikan undi kepada calon yang tidak bertanggungjawab?. Dimanakah kewibawaan pemimpin yang telah dilantik?. Tidakkah ianya berlaku dipersekitaran laluan YB ADUN CHENOR?. Disini PG ingin nyatakan dan percaya bahawa tiada apa-apa tindakan daripada YB ini nanti. Itu PG pasti. Apakah beliau tidak fikirkan kesan daripada pembinaan begini?. PG harap jangan ada yang terbabas melanggar pagar rumah YB ADUN CHENOR satu masa nanti. PG akan terus memantau perjalanan PROJEK PILIHANRAYA ini........