Isu lynas kian hangat diperkatakan di negeri pahang kini. Apa yang paluan gendang nampak ianya berpunca daripada sikap kerajaan negeri yang mengabaikan faktor keselamatan tanpa membuat kajian terlebih dahulu samada ianya boleh diterima rakyat atau sebaliknya. Beginikah sikap pemimpin yang kini menuju zaman kemajuan 2020 yang diperkatakan? Apakah disebalik keputusan yang dibuat itu mempunyai maksud? Hanya kerajaan pimpinan Dato' Nan yang boleh menjawapnya kini. Cakap-cakap dipersekitaran kuantan kini kian lantang mengatakan bahawa ada dikalangan pimpinan kerajaan negeri yang menerima habuan daripada pihak tertentu dalam menjayakan visi syarikat lynas bertapak di negeri pahang. Adakah ianya sekadar fitnah hanya pimpinan beliau sahaja yang dapat menjawapnya....
Kenapa kini ramai penduduk sekitar kuantan membantah pembinaan kilang tersebut?. Sedangkan ianya dijangka mampu memberikan pendapatan lumayan kepada kerajaan negeri pahang pada masa hadapan dan boleh memberikan pekerjaan kepada penduduk?. Adakah penduduk cina sekitar kuantan tidak melihat perkara ini?. Apa yang membimbangkan penduduk sekitar kuantan adalah kerana kilang ini bahan yang boleh mendatangkan barah dan kelahiran pramatang kepada penduduk yang berisiko iaiatu sekitar radius 30km persegi. Ini yang membimbangkan. Ia bukannya isu pokitik tetapi ianya lebih kepada isu keselamatan penduduk setempat yang berasa diri dan keluarga terancam dengan pembinaan kilabg lynas di gebeng.
Akhirnya bagi menyahut seruan pemimpin dalam BN maka MCA berani bersama membantah pambinaan kilang lynas ini bagi memastikan parti tersebut tidak berkubur terus pada PRU akan datang. Ia perlu bersedia membuat perubahan mengikut kehendak masyarakat setempat meskipun ianya tidak disenangi oleh kerajaan negeri pahang sendiri, Kenapa media tidak mengambarkan bahawa ada ketidak sefahaman @ tidak sehaluan dalam hubungan MCA dan UMNO. Atau hubungan MCA dan UMNO rapuh?. Ini hakikat media yang dikongkong penuh oleh kerajaan. Bangsa cina adalah terkedepan dalam mendapatkan maklumat terkini berbanding melayu yang sememangnya telah dicucuk hidup oleh kerajaan BN. Akhirnya apa akan pada penduduk sekitar kuantan pada masa akan datang?. Sama-sama kita lihat.