Memperihalkan tentang suara hati rakyat yang menentang kebobrokan pihak yang mentadbir negara
Selasa, 25 Januari 2011
PRK N05 Tenang
PRK N05 Tenang johor sedang berlangsung ketika ini dalam tempoh berkempen. Persekitaran Labis dipenuhi dengan poster, bendera dan banner-banner daripada parti yang bertanding. Ribuan polis sedang mengawasi proses kempen berjalan. Berapa banyak duit rakyat telah digunakan bagi tujuan PRK kali ini?. Apa yang menarik perhatian saya adalah dimana calon BN seolah-olah telah menjadi YB pada 24 januari bertempat di felda tenang dimana SB-SB bukan sekadar mengiringi malah telah menjadi pemandu arah bagi calon BN? Adakah ini tujuan sebenar SB-SB ditempatkan di PRK N05 Tenang. Kejadian ini saya saksikan di jalan anggerik. Aak-agaknya berapa SB-SB ni dapat yer? Atau SB-SB ni sememang dibayar dari kandung calon BN bukan dari hasil duit rakyat kot. Hingga kini saya tertanya-tanya tanpa jawapan pasti..... Mungkin sahabat-sahabat yang membaca ada maklumat yang boleh dikongsikan bersama boleh memberikan saya makluman.
Langgan:
Ulasan (Atom)